Friday, 27 November 2015

Form 4

Assalamualaikum dan Hello semua!!! Seperti mana yang korang tengok kat tajuk post aku kali ni...aku nak cerita la sedikit pasal form 4 ni.Ye la..tahun depan aku dah naik form 5(jadi senior la aku...yes!!!!), so aku nak cerita sedikit pasal form 4 ni. Sebab aku tulis ni ialah sebab dak-dak PT3 la...mesti dak-dak ni nak tahu apa yang diorang akan buat bila dah naik form 4...jadi aku nk tolong diorang.Tapi ingat!! ni semua atas pengalaman aku. So,masa aku dah habis PT3(aku first batch PT3...bangga wooo!!), aku pon surf la internet cari pasal form 4...ambil aliran apa, apa subjek yang aku akan belajar dan sebagainya. Tapi time ni, aku lebih cari tentang cita-cita aku, kalau korang nak tahu cita2 aku, korang pergi check first entry aku yer...(jadi tolong rajin2 scroll ke bawah).Masa first day masuk form 4, aku excited sangat sebab first time aku pakai tudung labuh...semua form dekat sekolah aku wajib pakai tudung labuh dan bukan sekolah aku saja...sekolah lain di Kelantan pon pakai jugak.


Tudung labuh gaiss...first time pakai...gambar ni masa English class

Masa sampai sekolah, semua kawan2 aku duk gelak tengok diri masing2(biasa la first time pakai tudung labuh.....).Sejujurnya pakai tudung labuh ni best...banyak kebaikannya(korang cuba la pakai).Kalau tak silap aku seminggu atau seminggu lebih aku orientasi.Dalam minggu orientasi tu, PK Pentadbiran aku duk cerita pasal aliran apa kat sekolah aku ada. Sebenarnya sekolah aku hanya ada aliran sains tulen, lukisan kejuruteraan dan sains agama...tapi tambah aliran sastera perakaunan atas permintaan kawan2 seform aku...jadi Principal aku pon setuju dan tertubuh la aliran sastera perakauanan buat kali pertama dalam sejarah sekolah menengah Zainab(mungkin kott...).So lepas cerita pasal aliran...semua cikgu yang mengajar subjek form 4 cerita sedikit pasal subjek masing2. Aku ambil aliran sains tulen sebab aku minat dan aku nak capai cita2 aku. Aku nak ingatkan korang..budak-budak PT3..tolong pilih aliran yang korang minat dan apa yang hati korang nakk(cehhh....) dan jangan pilih sebab KAWAN atau IBU BAPA. Aku cakap benda ni bukan apa...dah jadi kat sekolah aku dimana mereka semua yang pilih aliran bukan atas kehendak masing2 tapi atas kehendak orang lain...last2 tukar aliran(tak silap aku...pertengahan tahun baru diorang tukar)....tapi kalau kehendak ibu bapa aku tak tahu apa nak cakap(korang bawa berbincang la dengan ibu bapa korang...kalau tak bagi jugak...mungkin pilihan mereka untuk korang adalah pilihan terbaik) tapi yang pasti jangan ikut kawan...korang akan terseksa selepas tu kalau aliran yang diambil bukan kehendak korang tapi kawan korang.Biarla duk sorang2 dalam kelas..sebentar jer lepas tu ada la orang duk tepi korang. Masa time pemilihan aliran ni...ramai kawan2 seform aku nak ambik aliran sastera perakaunan dan antara sebabnya minat dan nak lari daripada subjek BIOLOGI!!! Cerita pasal Bio, Chemistry, Physics dan Add Math ni sebenarnya, subjek ni mudah kalau korang faham konsep dia.Betul apa yang aku cakap ni...mudah kalau korang faham konsep dia...cuma ada la sesetengah topik dalam subjek Bio,Kimia,Physics dan Add Math yang complicated sikit(Sikit jerr, ingat tu!!!).Memang macam tu la kehidupan...tak ada yang mudah untuk kita berjaya...yang penting Berusaha...Insya Allah kejayaan milik korang.Ingat yerr korang...kejayaan hanya untuk orang yang RAJIN BERUSAHA. Kalau korang tanya siapa2 yang berjaya, memang diorang aku jawab macam tu..tak percaya tanya la best student sekolah korang..konfem diorang jawab macam tu.Subjek yang aku blajar..biasa la sains tulen..BM,BI,SEJ,PAI/MORAL,MATH MODERN,ADD MATH,BIO,CHEMISTRY dan PHYSIC. Kalau aliran lukisan kejuruteraan, dia tak der Bio tapi ada subjek Teknologi Kejuruteraan(TK)..subjek TK ni macam kemahiran hidup sikit dan Lukisan Kejuruteraan(LK), lukis2. Korang jawab exam LK ni bukan menggunakan ayat macam subjek lain tapi menggunakan lukisan.Jadi untuk keseluruhan,aliran LK ni ada 10 subjek. Bagi aliran sastera perakaunan..korang akan belajar subjek Bm, Bi, Sej, PAI/Moral, Math Modern, Sains, Add Math, Perdagangan/Seni Visual(korang pilih antara dua subjek ni....ni kat sekolah aku...sekolah lain aku tak tahu) dan Perakaunan manakala sains agama aku tak ingat(korang rajin2 roger la sendiri...sorry....).

Ingat yerrr kawan2

Habis pasal akademik, aku nak cerita pasal kokurikulum pulak. Aku harap masa korang form 4...bukan form 4 saja, masa form lain pon tolong la aktif dalam bidang kokurikulum.Rugi kalau korang tak aktif.Masa aku form 1, form 2 dan form 3 aku tak aktif sangat..Masa form 4 aku aktifkan diri aku dalam bidang kokurikulum. Banyak yang aku join...antaranya Choral Speaking, perkhemahan PBSM, Kangaroo Math dan Dengue Patrol. Choral Speaking dan Dengue Patrol ni sekaloh aku dapat pergi peringkat kebangsaan. Peringkat kebangsaan untuk Choral Speaking, aku dapat pi Johor Darul Takzim dan pertandingan ni berlansung di UTM Skudai..dapatla aku kenal bandar Johor Bahru(best wooo...terpegun aku tgk bandar Johor) manakala untuk Dengue Patrol pula sekolah aku bersama empat buah sekolah lain lagi dapat wakil Kelantan untuk peringkat kebangsaan.Begitu juga dengan Kangaroo Math. Perkhemahan PBSM pulak peringkat daerah tak silap.Nama perkhemahan tu ialah Perkhemahan Kijang(aku tak tau betul dak...tapi budak2 sekolah aku panggil cam tu). Sebenarnya aku nak join kawad kaki keputraan tapi tak boleh sebab aku exam...tapi tak apa sebab masa form 3 aku dah join...kawad kaki ni peringkat negeri(best korang..kawad kaki depan sultan Kelantan).Tu je la yang aku join time aku form 4.Aku nak ingatkan korang..tolong join apa saja aktiviti yang ada kat sekolah korang...selain dapat sijil, korang jugak dapat pengalaman...pengalaman tu penting nyer(lebih penting daripada sijil kott).Ye la pengalaman korang tak boleh beli dengan duit. Korang kena cari pengalaman tu..Macam Choral dengan Dengue Patrol tu...melalui daripada tu aku dapat sedikit confidence dalam diri aku...dalam choral speaking korang kena buat gaya dan gimik muka yang hodoh(ada jugak yang cantik...tu semua atas script korang laa) dan semua ni kena buat depan orang ramai...dan Dengue Patrol pula kena pergi satu tempat ke satu tempat then bagi tahu masyarakat apa ni denggi...macam aktiviti komuniti jugak la.
Team Choral Speaking sekolah aku...aku duk tepi Jovita(pandai2 la korang carik...). Gambar ni dekat UTM Skudai.

Team Dengue Patrol sekolah aku(aku yang jadi nyamuk tu...nyamuk kat atas bukan kat bawah...)
Selain daripada choral dan dengue patrol, aku pon join English Class(nanti aku cerita apa English class sebenarnya). English class ni bukan extra class yang cikgu sekolah buat...ada orang luar tolong taja...jadi korang tunggu la aku post pasal English class ni okeyy???(tu kalau korang nak tahu la...). So, setakat ini saja aku tulis pengalaman aku time aku form 4(banyak lagi sebenarnya...). Tak pa lah...sekian terima kasih.Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment